bab 5

Komposisi Udara

Udara adalah salah satu sumber asas yang penting (essential basic resources) di Bumi.

Lapisan udara (layer of air) yang mengelilingi permukaan bumi dikenali sebagai atmosfera (atmosphere).

Udara tidak dapat dilihat, tetapi kehadirannya boleh dirasai melalui udara yang bergerak, iaitu angin (wind).

Udara adalah campuran pelbagai bahan yang tidak berbau (odourless), tidak berwarna (colourless), atau tidak mempunyai rasa (tasteless).

Komposisi udara adalah seperti berikut:

Bahan-bahan lain didalam udara adalah seperti habuk dan mikroorganisma (dust and microorganisms).

Kandungannya adalah tidak pasti dan bergantung kepada keadaan persekitaran (environment).

Kandungan wap air (water vapour) didalam udara juga bergantung kepada kelembapan udara (humidity). Lebih lembap udara, maka lebih banyak wap air yang terdapat didalam udara.



Sifat-sifat Oksigen dan Karbon Dioksida

Udara terdiri daripada tiga gas utama, iaitu oksigen, karbon dioksida dan nitrogen.

Setiap gas mempunyai sifat-sifat kimia (chemical properties) yang tersendiri.

Sifat-sifat gas boleh diperhatikan dengan menjalankan ujian-ujian berikut;
  • Keterlarutan dalam air (solubility in water)
  • Tindak balas dengan natrium hidroksida (sodium hydroxide)
  • Kesan ke atas
  • Kayu uji berbara (glowing wooden splinter)
  • Kayu uji menyala (burning wooden splinter)
  • Kertas litmus (litmus paper)
  • Air kapur (lime water)
  • Penunjuk hidrogen karbonat / larutan bikarbonat
Sifat-sifat
Pemerhatian dan kesimpulan
Oksigen
Karbon dioksida
Warna
Tiada
Tiada
Bau
Tiada
Tiada
Keterlarutan dalam air
Sedikit larut (slightly soluble) dalam air.
Sedikit larut dalam air.
Tindak balas dengan natrium hidroksida
Tidak larut dalam natrium hidroksida.
Sangat larut dalam natrium hidroksida.
Ujian dengan kayu uji berbara
Kayu uji berbara menyala. Oksigen membantu pembakaran.
Kayu uji berbara terpadam (extinguishes). Karbon dioksida tidak membantu pembakaran.
Ujian dengan kayu uji menyala
Kayu uji menyala dengan api yang marak. Oksigen membantu pembakaran.
Kayu uji menyala terpadam serta merta. Karbon dioksida tidak membantu pembakaran.
Ujian dengan kertas litmus lembab
Kertas litmus tidak berubah warna. Oksigen adalah bersifat neutral.
Kertas litmus berubah warna daripada biru kepada merah. Karbon dioksida bersifat sedikit berasid.
Ujian dengan air kapur
Tiada perubahan pada air kapur.
Air kapur menjadi keruh.
Ujian dengan penunjuk bikarbonat
Tiada kesan pada penunjuk bikarbonat. Oksigen adalah bersifat neutral.
Warna ungu penunjuk bikarbonat berubah menjadi kuning. Karbon dioksida adalah bersifat sedikit berasid.

Sifat-sifat oksigen dan karbon dioksida.



1 comment:

  1. kARBON DIOKSIDA ,AIR NAIK LEBIH BANYAK DLM TABUNG UJI.~KETERLARUTAN dLM AIR~

    ReplyDelete